Wednesday 6 February 2013

JOHOR BAHRU DI HATIKU (PART II)

Rindu betul aku dengan JB ni. Kata orang tempat jauh lagi dikenang inikan pula tempat bermain. Cakap tentang bermain ni masa kecik-kecik dulu mak aku pernah belikan aku patung Barbie yang akhirnya berjaya dipatahkan kakinya oleh adik aku yang sangat cemburu kerana beliau tidah pernah dibelikan patung Barbie oleh mak aku. Dengki la tu! Tapi bukan pasal Barbie yang aku nak cerita kat sini. Tapi tempat-tempat yang cuma wujud kat JB bila aku dah tak duduk JB lagi. Sakit betul hati aku! Waktu aku start kerja kat PJ ni, macam-macam tempat yang menyeronokkan ada kat JB. Buat hati aku bengkek aja. Time tu la ada Danga Bay yang saban tahun ada JOM HEBOH sampai la Danga Bay tu dah tak wujud lagi sekarang ni. Aku pun pelik apa projek baru kat Danga Bay tu padahal tak sampai 10 tahun pun beroperasi. Lepas tu ada lak Danga City Mall yang dulunya Plaza Best World yang hidup segan mati tak mau. Tapi yang buat hati aku bertambah parah bila Projek Iskandar Malaysia ni wujud. Ada Legoland, Hello Kitty Town, JPO, Kota Iskandar etc. Aku cuma nak tanya satu, KENAPA SEMUA NI TAKDE MASA AKU KAT JB DULU????????

BLANK!

Lama dah rupanya aku tak post kat blog ni. Rindu lak rasanya. Bukan ramai pun pengikut aku. Idea banyak nak share tapi jari jemari ni malas nak menaip. Bila aku dah mula rajin nak menaip idea lak tiba-tiba terbang.

Monday 11 June 2012

JOHOR BAHRU DIHATIKU..... (Part I)

"Tak sangka Abang Man ko dah sepuluh tahun kerja." kata Abang Man, officemate aku yang merangkap CIKGU aku waktu mula-mula masuk kerja dulu hampir sebeles tahun dulu. "Yerlah. Pejam celik dah sepuluh tahun." jawab aku sambil membelek-belek silver coin yang aku terima sempena sepuluh tahun aku kerja.
Aku bukan nak cerita tentang pengalaman kerja aku. Mungkin aku akan cerita lain kali. Cuma aku nak cerita betapa rindunya aku kat daerah JOHOR BAHRU a.k.a. JB yang aku cintai walaupun aku dilahirkan di KUANTAN, PAHANG. Yang aku dah tinggalkan kononnya nak cari keseronokan kerja kat KUALA LUMPUR a.k.a. KL. Maklumlah dulu bila rasa jauh dengan parents kita rasa BEBAS. Tak terkongkong. Aku tak kisah pun tentang apa yang ada di JB. Yang penting seronok. Aku tak rasa kehilangan apa pun tinggalkan JB. Lagipun tiap-tiap bulan aku akan balik menziarahi family, arwah atuk & nenek (semoga roh mereka ditempatkan di kalangan orang-orang yang SOLEH) & saudara mara yang lain. Sampailah satu hari....
"Assalamualaikum. Ko balik JB yer minggu ni. Mak dah dapat transfer Seremban." Mula-mula aku rasa seronok gak. Boleh la aku selalu balik. Jimat belanja sebab KL & Seremban bukan jauh sangat. Kira OK la tuh.
"Sedapnya SOTO ni. Kat KL takde SOTO yang sedap macam kat sini. Kat KL takder MI REBUS macam kat sini. Kat KL takder MURTABAK yang sedap macam ni. BUBUR LAMBUK kat KL tak sama macam BUBUR LAMBUK sini. Kat KL takder jual BOTOK-BOTOK." Alahai... Dulu aku selalu gelakkan makcik aku yang tinggal di KL. Sebab bila balik JB dia akan beriya-iya makan makanan yang aku sebutkan tadi. Sekarang aku pulak yang jadi macam dia!
Teringat aku waktu aku sekolah dulu. Lepas sekolah sebelum balik rumah aku akan singgah Plaza Kotaraya. Naik tingkat 5 pergi Kebayan (Medan Selera) makan mi rebus Haji Wahid & minum XYZ kat gerai ABE. Lepas makan jalan kaki ke MANGGIS depan KOMTAR tunggu bas nak balik.
Sebenarnya aku rindukan JB bukan pasal makanan aja. Tapi aku ada 1001 sebab kenapa aku rindu sangat JB. Tentang orang-orangnya. Tentang bahasanya. Tentang tempat-tempat yang aku terlepas pandang waktu aku menetap kat sana. Betul la kata orang....
"KITA HANYA AKAN MENGHARGAINYA APABILA KITA KEHILANGANNYA"
bersambung..... Picture credit to http://www.facebook.com/wujud7

Friday 8 June 2012

HALAL or HARAM?

Kisah ni jadi lebih kurang sepuluh tahun yang lepas time aku dalam LRT on the way nak balik kerja. Tapi aku masih ingat sampai sekarang sebab sampai hari ni aku tak tau nak jawab apa kalau ditanya lagi soalan macam ni.
Waktu tu ada sorang pelancong dari Australia kalau tak silap tanya aku betul ke yang babi tu HARAM untuk umat ISLAM? Then aku kata HARAM sebab dari kecil lagi aku dah diajar yang setiap inci tubuh si kerbau pendek tu memang HARAM untuk umat ISLAM. Kalau tersentuh pun kena samak sebab babi ni tergolong dalam najis mughalazah.
Kemudian dia sambung lagi, "How about Liquor?" Aku kata of course la HARAM. Dalam ISLAM setiap benda yang memabukkan & memudaratkan hukumnya HARAM. Lagipun aku pernah terbaca yang arak & judi tu ibu segala maksiat.
Bila aku tanya kenapa dia tanya macam tu? Dia tanya aku balik, "Kenapa kawannya orang Melayu yang beragama Islam suka 'clubbing' & minum arak tapi bila bab makan akan cari restoran yang HALAL & tak jual babi sedangkan keduanya HARAM."
Aku cuma terdiam & tersenyum pahit. Mati kutu. Aku rasa terpukul. Terasa cetek betul ilmu aku...
Picture source http://www.facebook.com/IslamIsALife